1 Tahun Sebagai Warga UTM

Assalamulaikum.

Secara teknikalnya aku dah jadi warga UTM bermula pertengahan 2009. Iaitu semasa memulakan pengajian di peringkat ijazah. Tapi kerana sibuk dengan kerja luar, pengajian tertangguh menyebabkan aku ambil keputusan untuk tukar dari pengajian sepenuh masa kepada pengajian separuh masa (utm-space). Itu cerita yang panjang, terlalu muda melihat wang ringgit menyebabkan aku mengabaikan pengajian. Tapi aku belum terlambat untuk memperbetulkannya.

Sesungguhnya perjalanan hidup setiap orang berbeza. Berbalik kepada tajuk asal. Aku menyertai warga UTM sebagai staf pada 6 Disember 2015. Menyertai kakitangan awam di saat ekonomi yang tidak menentu, yang mana Bajet 2016 adalah bajet yang kritikal bagi Kementerian Pengajian Tinggi, KPT. Aku bersyukur dan bernasib baik kerana aku mendapat jawatan tetap. Sepanjang 2016 banyak staf kontrak terpaksa berhenti demi kelangsungan hidup masing-masing.

Sepanjang setahun ni, masih belum cuti MC dan datang lambat on paper. 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *