Falsafah, Misi & Visi UTM Terkini – 2018

Kemaskini : 17 Januari 2018

FALSAFAH : Hukum Allah adalah dasar kepada ilmu. Sejajar dengan kehendak-Nya, UTM komited secara menyeluruh dan bersepadu demi mencapai kecemerlangan dalam sains, teknologi dan kejuruteraan untuk kemakmuran dan kesejahteraan sejagat

PHILOSOPHY: The divine law of Allah is the foundation of knowledge. In line with His Will, UTM strives with total commitment to attain excellence in science, technology and engineering for the well-being and prosperity of mankind.

VISI : Menjadi sebuah institusi akademik dan penyelidikan utama dunia, cemerlang dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan

VISSION : To be a premier global academic and research institution, excelling in science, technology and engineering

MISI : Menjadi peneraju dalam pembangunan bakat holistik dan teknologi berinovasi untuk kemakmuran dan kesejahteraan sejagat.

MISSION : To lead in the development of holistic talents and innovative technologies for universal well-being and prosperity

1 Tahun Sebagai Warga UTM

Assalamulaikum.

Secara teknikalnya aku dah jadi warga UTM bermula pertengahan 2009. Iaitu semasa memulakan pengajian di peringkat ijazah. Tapi kerana sibuk dengan kerja luar, pengajian tertangguh menyebabkan aku ambil keputusan untuk tukar dari pengajian sepenuh masa kepada pengajian separuh masa (utm-space). Itu cerita yang panjang, terlalu muda melihat wang ringgit menyebabkan aku mengabaikan pengajian. Tapi aku belum terlambat untuk memperbetulkannya.

Sesungguhnya perjalanan hidup setiap orang berbeza. Berbalik kepada tajuk asal. Aku menyertai warga UTM sebagai staf pada 6 Disember 2015. Menyertai kakitangan awam di saat ekonomi yang tidak menentu, yang mana Bajet 2016 adalah bajet yang kritikal bagi Kementerian Pengajian Tinggi, KPT. Aku bersyukur dan bernasib baik kerana aku mendapat jawatan tetap. Sepanjang 2016 banyak staf kontrak terpaksa berhenti demi kelangsungan hidup masing-masing.

Sepanjang setahun ni, masih belum cuti MC dan datang lambat on paper. 😛