ihadir: Sistem Perakam Waktu Baru UTM

i Hadir UTM
Sistem perakam waktu digital ihadir.utm.my yang baru untuk menggantikan sistem SMIS UTM yang sedia ada ketika ini.

Sila klik pautan untuk membuat slide masuk dan keluar: http://ihadir.utm.my

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya semua pejabat dan
agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan menggunakan kad perakam waktu untuk
mengawal waktu pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan datang dan pulang dari
pejabat. Tujuannya ialah untuk menjamin supaya mereka menjalankan tugas dengan
dedikasi dan tekun selama tidak kurang dari jumlah waktu pejabat yang ditetapkan oleh
Kerajaan bagi mereka.

2. Keputusan ini perlu dilaksanakan disemua pejabat dan agensi Kerajaan Persekutuan
mulai dari sekarang. Badan-badan Berkanun dan Kerajaan-Kerajaan Negeri juga adalah
diminta untuk turut melaksanakan sistem ini supaya terdapat keselarasan pengawalan
selama peringkat Kerajaan di negara ini.

Cara Pelaksanaan
3. Pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri, akan mengeluarkan panduan tentang cara pelaksanaan sistem
penggunaan kad perakam waktu itu secara berasingan.

4. Ketua-ketua Setiausaha Kementerian hendaklah mengambil tindakan sesuai
melaksanakan keputusan ini di Kementerian mereka masing-masing dan juga di jabatanjabatan
dan Badan-badan Berkanun di bawah pengawasan Kementerian mereka. Untuk
melaksanakan keputusan ini peruntukan boleh diperolehi daripada Perbendaharaan untuk
pembelian alat-alat yang diperlukan melalui urusan kontrak Perbendaharaan. Nasihatnasihat
lain jika perlu untuk melaksanakan keputusan ini bolehlah diminta dari Unit
Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU), Jabatan Perdana
Menteri.

Pemakaian
5. Kerajaan sedar bahawa sistem penggunaan kad perakam waktu itu mungkin
menghadapi masalah bagi pejabat-pejabat yang mempunyai pegawai-pegawai dan
kakitangan yang menjalankan tugas diluar waktu biasa, diluar waktu pejabat atau
mengikut giliran (shift) yang lain dari waktu biasa.

6. Pejabat-pejabat begitu tidak dikecualikan dari menggunakan sistem tersebut, tetapi
bolehlah mengadakan ubah suaian mengikut budi bicara Ketua-ketua Jabatan masingmasing.
Walau bagaimanapun kelonggaran ini adalah tertakluk kepada panduan yang
dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia
(MAMPU).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *