Pekeliling Bendahari Bil.2/2014

Baru-baru ini k erajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari 2014 dalam usaha untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemat pada tahun 2014. Keputusan ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 30 Disember 2013 dan juga merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 2014 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 2 Januari 2014.  Selaras dengan ini, semua Ketua PTJ adalah dikehendaki melaksanakan beberapa langkah bagi mengurangkan dan mengawal perbelanjaan Universiti selaras dengan saranan Kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Pekeliling Bendahari Bil 2 Tahun 2014 mengenai Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengurangkan Perbelanjaan Universititelah dikeluarkan bagi menyokong saranan pihak Kerajaan mengurangkan dan mengawal perbelanjaan Universiti. Pekeliling ini boleh diakses melalui https://hrfin.utm.my/smuhr/atau http://ebendahari.utm.my/bendahari/

So, pesanan untuk diri saya juga agar baca pekeliling tersebut. Selain dapat mengurangkan perbelanjaan universiti, mungkin kita dapat apply untuk diri dan keluarga juga 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *